BERSIKAP POSITIF
Jika anda dapati diri anda berfikiran negatif, ia sememangnya lumrah. Ini boleh menjejaskan keyakinan anda jika berbuat sesuatu. Anda akan tersa tertekan jika ia terus menerus berlaku. Fikiran negatif adalah satu tabiat yang tidak baik terbentuk dalam diri kita sejak bertahun lamanya.
Belajar berfikiran dengan cara yang positif mengenai diri anda akan membantu mengurangkan tekanan
LUAHKAN PERASAAN ANDA
Anda mungkin cuba mengelak konflik atau rasa tidak puas hati dengan bersikap membisu. Adalah penting untuk anda meluahkan apa yang anda rasa. Jika anda tidak berbuat demikian, orang lain mungkin cuba membaca fikiran anda dan kemudian membuat keputusan untuk anda.
MELUAHKAN MASALAH DAN KONFLIK YANG ANDA ALAMI AKAN MENGURANGKAN TEKANAN YANG MENJADI PUNCA LEDAKAN MASALAH
URUS MASA ANDA
Menguruskan masa secara berkesan bukan sahaja mengurus kerjaya dan rumah tangga. Ia termasuk memberi masa untuk bergaul dengan rakan, hobi atau beristirehat. Buat jadual untuk melihat bagaimana anda menguruskan masa.
- Pastikan jadual anda mudah di ubah suai.
- Mulakan dengan mencatatkan semua komitmen anda terhadap keluarga, kerja, aktiviti sosial dan istirehat
- Rangka satu jadual mudah yang boleh memberi anda masa menghabiskan pelbagai kerja dan kegiatan setiap hari
- Cuba beri masa untuk rehat lepas lakukan sesuatu aktiviti
- Ditempat kerja pula, gunakan jadual syarikat atau pejabat untuk mencatat projek yang perlu di lakukan
- Mulakan dengan projek yang paling mendapat keutamaan
- Mulakan kerja ketika badan masih segar
- Sediakan jadual waktu yang mudah
AMALKAN TABIAT MAKAN YANG SIHAT
Keupayaan anda menghadapi tekanan juga bergantung kepada tahap kesihatan anda. Berikut adalah garis panduan ke arah amalan makanan yang sihat
- Makan pelbagai jenis makanan yang sihat
- Kurangkan pengambilan garam dan gula
- Kurangkan pengambilan lemak
- Hindari alkohol
- Makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran, roti dan bijiran
REHATKAN OTOT ANDA
Sengal dan sakit otot tanda utama bahawa anda mengalami ketegangan. Senaman yang tetap dan berterusan pula merupakan satu cara untuk melegakan sakit otot
Banyak lagi cara2nya .. tapi 2 jelah serba sedikit yang aku tw .. urmm .. time tok study plak nie .. esk dh final exm . tapi still gatal nak mengUpdte BLOG nie .. buku tah kemana, esk alamat xtw nk jwp pe lah .. c u later . muahx !
No comments:
Post a Comment