Wednesday, 17 April 2013

HENTIKAN KONFLIK DEMI CINTA

konflik yang berlaku antara pasangan amat sukar dihuraikan dan boleh terjadi begitu sahaja  .
Sebelum anda menyedarinya, anda sudah pun melukai perasaan satu sama lain dan kedua-duanya akan berasa sedih serta tersinggung. Sesetengah orang menyamakan pengalaman ini seperti seorang pencuri yang senyap-senyap masuk ke dalam rumah allu mencuri segala yang ada  tanpa seorang pun yang menyedarinya.
Adalah amat penting untuk menyedari bila konflik mula berlaku. Dengan cara ini, kita berada pada kedudukan yang lebih baik untuk mencegah dan menyelesaikannya. 

Cuba kita tanya pada diri kita samada situasi yang disenaraikan dibawah juga berlaku kepada kita setiap minggu :

  1. Kamu & si dia tidak dapat berbincang isu yang dipertikaikan dengan tenang
  2. Kamu & si dia menengking dan mencaci satu sama lain
  3. Kamu & si dia tidak berupaya untuk menyokong pandangan dengan fakta
  4. Kamu & si dia merajuk & enggan bercakap satu sama lain
  5. Apabila salah seorang naik darah, kamu & si dia meninggalkan bilik dengan cara yang kasar
  6. Kamu & si dia melemparkan barang antara satu sama lain
Jika kita dapat mengatasi kesemua masalah ini, kita akan bebas dari permasalah konflik bersama pasangan kita. Mungkin kita menyedari apabila berlakunya pertengkaran boleh menyebabkan seseorang ini meluap-luap & amat tertekan. ! Ia juga boleh menyebabkan degupan jantung yang kencang, pening kepala, tapak tangan berpeluh, marah, resah ataupun menghadapi ketegangan otok seperti tegang otot belakang dan leher.

Sekarang kita sudah menyedari bahawa kita mungkin akan kerap berdepan dengan konflik. Jadi ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan. Kita akan bahagikan beberapa teknik kepada kaedah berbentuk pengucapan dan kaedah berbentuk bukan pengucapan. Sebelum menggunakanya adalah penting bagi kita sebagai pasangan bersetuju menggunakan kaedah ini bila saja kita mendapati diri kita di dalam konflik. Jika kiat bersetuju melakukannya, buatlah latihan dan alami rasanya. 

TERNIK 'BERHENTI'
Teknik ini sebenarnya cukup mudah, tetapi ia amat memerlukan penerimaan dan terdapat sedikit kelucuan. Apabila kita menyedari pertelingkahanmenjadi tidak terkawal, angkat sebelah tanga ke atas dan jerit "BERHENTI!" ( kita juaga boleh berkata 'MASA TAMAT' atau 'CHUP' ). Ini adalah tanda amaran bahawa kedua-dua pihak mesti berhenti @ memekik dan pergi ke bilik berasingan untuk beberapa minit.

REHAT SEKEJAP DARIPADA KONFLIK
Keluar daripada konflik bukan bermakna menyelesaikan masalah, tapi lebih kepada tempoh menjernihkan suasana. Dalam keadaan panas akibat pertelingkahan, pasangan begitu ghairah mempertahankan pendapat. Apabila ini berlaku, jantung kitaakan berdegup dengan lebih kencang, pernafasan menjadi labih cepat manakal tekanna darah dan paras adrenalin pula melonjak naik.

TARIK NAFAS DALAM-DALAM DAN BERTENANG
Kadangkala kita perlu melakukan cara lain untuk menenangkan diri. Letakkan sebelah tangan di perut dan perhatikan tangan yang turun naik mengikut pernafasan. Kemudian cuba perlahankan pernafasan dan beritahu diri kita agar bertenang dan melapangkan fikiran.

BINCANG SEMULA KONFLIK
Apabila kita dan pasangan sudah berasa tenang, kembalikan semula ke tempat berlauknya konflik dan mulakan perbincangan masalah dengan tenang. Jika kiat dan pasangan belum berasa tenang, aturkan temu janji satu sama lain untuk membincangkan masalah itu kemudian.

" LEBIH BAIK MENJADI ORANG YANG TENANG DARIPADA MENJADI ORANG YANG TERKENAL. LEBIH BAIK MENGAWAL DIRI SENDIRI DARIPADA MENGAWAL TENTERA "


Saturday, 13 April 2013

CARA MENGHINDARI TEKANAN

Assalamualaikum .. dah banyak hari menyepikan diri .. terlalu sibuk dengan study .. agak2 nak tulis tentang apa ek .. uhss .. ! cmne ye nak hindari dari masalah tertekan xkira lah dengan sesape pn .. family ke, pasangan kita ke, kawan2 kite ke .. mungkin apa yang nak di tulis nie seraba sedikit mengenai Cara Menghindari Tekanan . Xkira lah sesape pn, aku tulis nie hanya apa yang aku tw dan ak rasa .. mgkin untuk pengetahuan diri aku jgk ..

BERSIKAP POSITIF
Jika anda dapati diri anda berfikiran negatif, ia sememangnya lumrah. Ini boleh menjejaskan keyakinan anda jika berbuat sesuatu. Anda akan tersa tertekan jika ia terus menerus berlaku. Fikiran negatif adalah satu tabiat yang tidak baik terbentuk dalam diri kita sejak bertahun lamanya.
Belajar berfikiran dengan cara yang positif mengenai diri anda akan membantu mengurangkan tekanan

LUAHKAN PERASAAN ANDA
Anda mungkin cuba mengelak konflik atau rasa tidak puas hati dengan bersikap membisu. Adalah penting untuk anda meluahkan apa yang anda rasa. Jika anda tidak berbuat demikian, orang lain mungkin cuba membaca fikiran anda dan kemudian membuat keputusan untuk anda.
MELUAHKAN MASALAH DAN KONFLIK YANG ANDA ALAMI AKAN MENGURANGKAN TEKANAN YANG MENJADI PUNCA LEDAKAN MASALAH 

URUS MASA ANDA
Menguruskan masa secara berkesan bukan sahaja mengurus kerjaya dan rumah tangga. Ia termasuk memberi masa untuk bergaul dengan rakan, hobi atau beristirehat. Buat jadual untuk melihat bagaimana anda menguruskan masa. 
  • Pastikan jadual anda mudah di ubah suai.
  • Mulakan dengan mencatatkan semua komitmen anda terhadap keluarga, kerja, aktiviti sosial dan istirehat
  • Rangka satu jadual mudah yang boleh memberi anda masa menghabiskan pelbagai kerja dan kegiatan setiap hari
  • Cuba beri masa untuk rehat lepas lakukan sesuatu aktiviti
  • Ditempat kerja pula, gunakan jadual syarikat atau pejabat untuk mencatat projek yang perlu di lakukan
  • Mulakan dengan projek yang paling mendapat keutamaan
  • Mulakan kerja ketika badan masih segar
  • Sediakan jadual waktu yang mudah


AMALKAN TABIAT MAKAN YANG SIHAT
Keupayaan anda menghadapi tekanan juga bergantung kepada tahap kesihatan anda. Berikut adalah garis panduan ke arah amalan makanan yang sihat
  • Makan pelbagai jenis makanan yang sihat
  • Kurangkan pengambilan garam dan gula
  • Kurangkan pengambilan lemak
  • Hindari alkohol
  • Makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran, roti dan bijiran
REHATKAN OTOT ANDA
Sengal dan sakit otot tanda utama bahawa anda mengalami ketegangan. Senaman yang tetap dan berterusan pula merupakan satu cara untuk melegakan sakit otot

Banyak lagi cara2nya .. tapi 2 jelah serba sedikit yang aku tw .. urmm .. time tok study plak nie .. esk dh final exm . tapi still gatal nak mengUpdte BLOG nie .. buku tah kemana, esk alamat xtw nk jwp pe lah .. c u later . muahx ! 

Monday, 8 April 2013

Perkataan JOHOR

Assalamualaikum .. urmm (muncungkan mulut ala2 duck cm 2. hehe) .. mungkin korang tahu kan sekarang nie dah ramai sangat yang menggilai "WE CHAT" ,.. hehe .. Sama r cm aku skg ... blik je clz mesti kn hntr "WE CHAT" kat kawan2 .. dah macam ala2 cte polis je .. mcm men walking-talking  je kan .. hehehe .. tapi xsgka bila men benda alah nie ad plak mmbe dari Johor .. waaaa happynya ... dia dh tolong ajarkan cara percakapan orang johor .. contohnya GEBOR maksudnya KAIN SELIMUT .. and KEDOBOR maksudnya plak LONGGAR .. Ase xsalah kan lau kita nak belajar dengan lebih banyak ag .. org ckp jauh perjalanan luas pemandangan .. cm 2 lah jgk ng bhsa orang .. even aku nie orang KELANTAN tapi teringin jugak nk bljar bhsa orang len jgk ..

Nie serba sedikit yang aku dapat dari internet je lah bahasa2 percakapan orang johor nie .. 

PERKATAAN JOHOR / MAKSUD
  • Baghal       :    Bodoh
  • Bak            :    Bawa
  • Bengap      :    Slow
  • Biang         :    Gatal
  • Bobos        :    Terlepas
  • Boyak        :    Gemuk, Pendek,Boroi
  • Buboh        :    Letak
  • Ceku          :    Cubit menggunakan kuku
  • Debab        :    Gemuk gedebab
  • Epok-epok :    Karipap
  • Gebar         :    Selimut
  • Getok         :    Biasanya ubi yang di lenyek halus
  • Gabok        :    Almari
  • Garmol       :    Menceritakan yang bukan2
  • Himol         :    Loya buruk
  • Jebit           :    Degil
  • Kaypoh      :    Orang yang busybody
  • Kedobor     :     Longgar
  • Kolah          :    Tempay simpanan air
  • Lalak          :    Menjerit
  • Ngetuk       :    Nak sangat
  • Nonong      :    Tidak mempedulikan apa2 pun

Meh lah kita belajo bahasa johor nie .. :)


SAPE2 ADA WE CHAT BOLEH ADD OKE ! :) LOVE U .. MUAHX !! ID : yayaeisya



Sunday, 7 April 2013

FENOMENA ANAK KE-2



Mungkin selama nie anda xpernah tahukan apa di sebalik ank ke-2 nie .. haa .. sekarang saya nak kongsikan lah sikit tentang fakta anak ke-2 nie .. hehe

Anak Emak
 sebab apa2 pun mesti mereka akan mengutamakan ibu mereka

Anak Degil
 Anak ke-2 dikatakan lebih degil, keras kepala dan jugak tidak mendengar kata. Semua yang dikatakan dia aje yang betul. Dalam ramai adiq beradiq dia aje yang paling KETEGAQ ! (degil) . Kemahuan dia amat kuat, kalau melakukan sesuatu msti lakukan dengan bersungguh2 . Kalau xnk 2 xnk lah jawabnya. Anak ke-2 nie jugak memang boleh dipujuk tapi xselalunya jalan lah ..

Tak Pandai Pujuk
 Memang anak ke-2 nie xpandai dalam bak2 memejuk rayu pakwe/mkwe dia (alaa.. ciannya)

Bercinta
 Kalau dalam bab2 bercinta nie dia memang seorang yang sangat setia. Sanggup berkorban demi cintanya. (sweetnya)

Hitam/Putih
 Apa yang dikatanya semua dipegang. Kalau hitam, hitam lah .. kalau putih, putih lah .. memang xkan berubah dah keputusannya.

Hati
 Anak ke-2 nie nampak aje keras, tapi dalam hati sangat lah lembut. TApi satu je pe'el dia yang xbpe elok langsung xboleh di tegur !

Berdikari
 Very independent. Memang betul, kalau terlebih independent pun susah sebab terlebih bergaul. Very take care about this ..

Arahan
 Anak ke-2 nie jugak memang susah nak terima arahan dari orang lain. Dia lebih suka uat hal sendiri pendek kata memang xboleh nak kerja ngan orang lain lah .  Bia dia jelah yang jadi BigBoss !!

Pemaaf & Caring
 Tidak dinafikan anak ke-2 nie seorang yang pemaaf & caring orangnya. tapi AWAS !! jangan sampai dia marah .. lau dia marah, faham2 ajelah ..

Pakaian
 Sangat pembersih & kemas .

PETUA UNTUK MENYEMBUHKAN SELSEMA BAYI



Mungkin anda tercari-cari jalan penyelesaian macam mane nak menyembuhkan selsema bayi .. saya nak kongsikan sedikit lah tentang cara2 nya .. hope ianya berkesanlah ...

Pilihan pertama : Ambil kunyit hidup dan gesekkan pada kapur makan kemudian sapukan sepanjang batang hidung bayi

Pilihan kedua : Gunakan madu lebah kerana ianya boleh mengeringkan kahak. Caranya ialah mencampurkanmadu di dalam susu bayi atau memberi bayi minum madu setiap hari

Pilihan ketiga : Tumbuk 2 ulas bawang merah serta sedikit lengkuas. Letakkan sedikit minyak masak dan sapukan pada ubun-ubun bayi secara membulat

Pilihan keempat : Letakkan minyak masak di ubun-ubun bayi 2 kali sehari. Insyaallah selsema akn berkurangan.

* selamat mencuba :)

Friday, 5 April 2013

Safura & Oney - Jangan Menangis Sayang *MTV Karaoke


Sampainya hati mu
Buatku tertunggu-tunggu
Kemana kau sayang
Tidur malam tak menentu
Rindu merindu selama ini
Ku takut kan menjadi kenangan
Aku menangis sayang
Bila kau tiada
Tak sanggup rasanya aku
Berjauhan dari mu
Resah hati ku
Jangan menangis sayang
Ku seperti dulu
Rindu ku hanya padamu
Cinta ku hanya untukmu
Buat selamanya
Kalau padi kata padi
Tidak aku tertampi-tampi
Kalau benci kata benci
Tidak aku nanti terus menanti
Berjanjilah kau sayang
Hanya aku di hati mu
Aku dah berjanji hanya kau di hati